counter

Thursday, 9 April 2015




KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF


  • Menjanakan Idea
Kemahiran ini digunakan apabila untuk mencari idea baru dan mencari alternatif.

  • Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal yang mugkin benar atau tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian.

  • Meghubung kaitkan
Membuat perkaitan utuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.

  • Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

  • Membuat Hipotesis
Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Keyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

  • Mensintesis
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk peryataan, esei, lukisan dan artifak.

  • Mengitlak
Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sample kumpulan itu.

  • Menganalogi
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujaud dan mempunyai ciri yang serupa.

  • Membuat Gambaran Mental
Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran.

  • Mereka Cipta
Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad.

No comments:

Post a Comment