counter

Thursday, 9 April 2015




KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS



  • Mencirikan


Mengenalpasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.







  • Membandingkan dan Membezakan

Mecari persamaan dan perbezaan berdasarka kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.







  • Mengumpulkan dan Mengelaskan

Mengasingkan dan megumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.





  • Membuat Urutan

Menyusun objek atau maklumat mengeikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.




  • Menyusun Megikut Keutamaan

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarka kepentingan atau kesegeraan.





  • Menganalisis

Mengolah maklumat dengan menghuraikanyua kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu kosep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.


  • Mengesan  Kecodongan

Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu.


  • Menilai

Membuat perbandingan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.


  • Membuat Keputusan

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.



No comments:

Post a Comment