counter

Thursday, 9 April 2015




LAGU SEKOLAH








SMK JELAI BATU KURAU

                       Megah terserlah semangat berusaha
                       Menjadi pelajar berakal budi
      Dalam mengarus wawasan murni
      Mencurah bakti yang mulia

      Hijau merimbun bukit merintang
      Menambah seri udara daerah
      Setia tersemat cita sempurna
      Menjunjung harapan bangsa

      Bumi indah milik kita semua
      Hargailah anugerah Tuhan
      Rukun Negara amalan kita semua
      Membawa keharmonian sejati

     Berakhlak berilmu beristiqamah
     Panduan yang kita bekalkan
     Semoga kita mencapai hasrat
     Menghayati seluruh alam dimensi

     Kecemerlangan membawa kemajuan
     Bersamalah kita terus bertekad
     SMJ berusaha berterusan
     Untuk kebanggaan bangsa negara



LOKASI SEKOLAH



                                                              Klik Gambar di bawah





GURU PEMBIMBING





Puan Liza binti Abdullah





KENANGAN SEPANJANG LATIHAN MENGAJAR

































































SEMINAR PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF







KEMAHIRAN BERFIKIR





Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan sesuatu masalah.


PROSES BERFIKIR

Proses berfikir melibatkan tiga aspek yang utama iaitu :

  1. Pengetahuan  (apa yang anda tahu tentang objek itu)
  2. Kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek itu)
  3. Sikap atau nilai ( keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)




MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR




PELBAGAI KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif.

Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabugan idea-idea yang ada.












KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS



  • Mencirikan


Mengenalpasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.







  • Membandingkan dan Membezakan

Mecari persamaan dan perbezaan berdasarka kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.







  • Mengumpulkan dan Mengelaskan

Mengasingkan dan megumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.





  • Membuat Urutan

Menyusun objek atau maklumat mengeikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.




  • Menyusun Megikut Keutamaan

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarka kepentingan atau kesegeraan.





  • Menganalisis

Mengolah maklumat dengan menghuraikanyua kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu kosep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.


  • Mengesan  Kecodongan

Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu.


  • Menilai

Membuat perbandingan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.


  • Membuat Keputusan

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.